FRIGHTENING INCIDENT
Friday, 30 November 2012 • 7:04 pm • 0 comments



24 NOVEMBER 2012 pada pukul 2.50  menjadi mimpi ngeri buat aku apabila seorang pencuri masuk ke asrama SMTB dan aku menjadi mangsa kepada pencuri itu .. Kejadian berlaku waktu aku tengah syok tidur dengan Qimut dan tetiba macam ada orang main baju aku gitu.. Aku  memang suka tidur kejap kejap kejut dan mudah terbangun daripada tidur kalu ada sesiapa yang mendekat . Malam tu aku dah memang tak dapat tidur dah . Tak tau kenapa dan sebelum tu aku dengan kekawan ada fly jap dari asrama . Kita orang pergi makan dekat pantai Bachok . Aku termenung je macam takde mood .. Tak sangka malam itu berlaku kes macam tu kat aku .. Trauma juga tapi nasib baik lah semangat aku still better .





Ooopss !! Sambung balik cerita tu . Waktu ada orang tengah main baju aku gitu aku pegang tangan dia . Aku ingatkan Qimut tapi satu sentakan yang kasar pada tangan aku . Aku pun tengok muka dia tu dan aku tengok rambut panjang dah lah tak pakai baju. Aku ingatkan hantu . Tapi bagi aku,  tak mungkin sebab aku dapat rasa tangan macam lelaki .. Lepas tu aku tengok dia pergi dekat katil yang depan aku tu .  Aku takut gila tapi aku beranikan diri dan aku kejutkan Qimut . Qimut bangun dengan terpinga-pinga dan tanya aku ..



                        " Kenapa ? "



Aku tunduk dan tunjuk dekat dia yang ada orang dekat sana . Dan aku kata :



               " tu .. Tu .. Rambut panjang  .. "



Tapi malangnya Qimut tak dengar dan tak nampak tangan aku yang aku tunjuk tu sebab masa tu gelap . Bila aku tengok pencuri tu dan kami saling tengok , tetiba dia lari menuju kearah aku dan Qimut terkejut dia peluk aku .. Aku dengan serta merta macam kena kejutan elektrik . macam dah bertukar jadi someone yang berani , kaki aku tetiba sepak pencuri tu tapi apakan daya pencuri tu tak jatuh .. Keras dan kuat gila dia . Aku rasa macam aku dah bagi kuat dekat dia . Eee ! Geram pun ada time tu dia tak jatuh . Lepas tu dia lari  macam petir . Sekali zppppppp hilang . Aku beranikn diri pergi cari dan panggil kekawan .. Didapati handphone kawan2 aku hilang .. Aiyooo !! Siap kau pencuri .. Satu tragedi that I will never forget in my life . Frightening incident . Kita orang tak tidur sampai ke pagi caari pencuri tu . Time tu ALLAH S.W.T  sahaja yang tahu takut tak aku ! dan antara takut dengan berani tu aku rasa takut banyak kut.





Semua pelajar perempuan dibenarkan pulang ke rumah . Aku start berulang ke sekolah time exam . Ganas nak mampus rasanya kejadian tu . Aku memang trauma balik tu . Tapi nasib baik aku dapat balik semangat aku . Thank You ALLAH . Aku memang tak buleh lupa time dia masuk bilik aku dan cuba nak mencuri , aku tersedar, pegang tangan dia , sepak dia dan ……………. !!! Oooohhh terjadi juga dekat aku perkara yang aku takut takutkan dalam hidup aku bila aku tersedar dari tidur  atau ape pun aku nampak pencuri yang macam cuba nak bunuh aku  .  OMG !!



Tapi yang aku kesal gila :  first nya tak dapat tangkap pencuri tu , kedua guard sekolah yang tak guna tu takut nak naik asrama perempuan untuk check . How stupid you do your work ? Boleh pergi mapus lah ! Lain kali buat kerja betul-betul lah . Dasar  ' guard ' pemalas . Ketiga yang aku kesalkan ialah aku takut untuk beranikan diri aku time aku nampak pencuri tu .. Kenapa aku tak terkam saja ! Satu lagi yang aku dapat tahu kantin sekolah kami pun kena pecah . Kejadian tu berlaku serentak ! ANEH ??





Itulah perkara yang tak dapat aku lupakan dalam hidup aku .. Anda bagaimana ?? Kalau awak di tempat saya  apa awak akan lakukan ? Boleh bayang tak benda tu terjadi dalam hidup anda ! Tapi nasib baiklah aku ni suka tengok cerita ganas ganas sikit .. Salah satu cerita yang buat aku berani ialah cerita :


 



OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)
Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute, HaHa:p
[Have Been Taken By: Hazwan Hasimuddin]

Chating here ♥
Leave your footprint here
.

.


Awesome people ♥
Thank for following me

.
This owner ♥
Please stand beside me always,H


Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Balqis_H


I LOVE YOU!!